Quantcast
Channel: Web Berita » Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Bapa Rogol Anak Setiap Hari, Apabila Haid Bapa Minta Seks Oral

$
0
0

Bapa Rogol Anak Setiap Hari, Apabila Haid Bapa Minta Seks Oral – MANILA : Mahkamah di Filipina semalam menjatuhkan ke atas seorang bapa yang disabitkan kesalahan merogol anak perempuan belasan tahunnya hampir setiap hari dalam setahun.

Mahkamah Rendah pada Mac 2006 lalu pada mulanya menjatuhkan hukuman mati terhadap penarik beca berkenaan selepas disabitkan kesalahan merogol 360 kali anak perempuannya ketika isterinya keluar bekerja di Hong Kong.

Bagaimanapun, mahkamah rayuan di sini mengubah hukuman itu kepada penjara 40 tahun bagi setiap satu kesalahan merogol berkenaan, menurut dokumen mahkamah yang diperoleh semalam.

Tertuduh masih boleh mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung tetapi belum diketahui sama ada dia akan berbuat demikian.

Mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun dan kini berusia 22 tahun, berkata kesengsaraan dihadapinya di tangan bapanya sendiri bermula Januari 2001 apabila ibunya berlepas ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Beliau bersama dua adiknya ditinggalkan di bawah penjagaan bapanya di rumah mereka di Los Banos, sebuah pekan di selatan Manila.

Mangsa berkata, bapanya memaksa dia mengadakan hubungan seks setiap hari, kecuali apabila ketika haid atau pada hari cuti umum yang mana bapanya akan memaksanya membuat seks oral.

Serangan seksual itu hanya berakhir selepas beliau dan adiknya menghabiskan cuti dengan menziarahi saudara ibunya.

Selepas berakhir cuti itu, mangsa enggan pulang ke rumah bapanya dan memberitahu saudara ibunya itu mengenai serangan berkenaan.

Selepas mendapat tahu mengenai kejadian itu, ibu mangsa pulang dari Hong Kong dan membantu anak perempuannya mengemukakan kes terhadap bapanya.

Mahkamah Rayuan menerima keputusan mahkamah rendah untuk menolak dakwaan tertuduh bahawa isterinya mereka cerita itu untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap anak mereka dan selepas itu berkahwin dengan orang asing. – Webberita | Terkini via AP


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Trending Articles