Quantcast
Channel: Web Berita ยป Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333
โ†ง

Padah Ponteng Sekolah, Pelajar Kena Rogol

$
0
0

Padah Ponteng Sekolah, Pelajar Kena Rogol - Seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Kemaman yang mengikut rakannya ponteng sekolah membawa padah, apabila menjadi mangsa rogol selepas dipukau seorang lelaki.

Sumber berkata, mangsa berusia 16 tahun dikatakan tidak sedarkan diri selepas bertentang mata dengan seorang lelaki yang juga kenalan rakannya itu, sebelum mendapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian dan kesakitan di rumah sewa lelaki berkenaan di Kampung Kijal, Rabu minggu lalu.

Katanya, mangsa pada mulanya memasuki kawasan sekolah seperti biasa pada jam 7.45 pagi, sebelum seorang rakan sebaya mengajaknya ke sebuah kedai barangan runcit berdekatan kawasan sekolahnya itu.

โ€œTanpa mengesyaki apa-apa, mangsa mengikut rakannya bertemu teman lelakinya yang datang ke kedai berkenaan menaiki sebuah kereta PERODUA MyVi.

โ€œMangsa kemudian diajak bersiar-siar dan menaiki kenderaan itu bersama rakannya dan pada masa sama ada seorang lagi lelaki dalam kenderaan berkenaan.

โ€œMereka berempat kemudian menaiki kenderaan berkenaan dan bersiar-siar sebelum mangsa dan rakannya dibawa ke sebuah rumah sewa di kawasan Kijal kira-kira jam 10 pagi.

โ€œSebaik memasuki rumah itu, mangsa disuruh menonton televisyen, manakala rakannya bersama teman lelaki sudah tiada di ruang tamu rumah itu,โ€ katanya.

Sumber berkata, suspek yang juga rakan kepada teman lelaki rakan mangsa kemudian datang dan menyuruh mangsa merenung matanya dan tidak lama kemudian mangsa mendakwa seperti dipukau dan mengikut arahan suspek.

Katanya, apabila mangsa sedar setengah jam kemudian, dia mendapati tidak berpakaian serta mengalami kesakitan di kemaluan.

Katanya mangsa yang terkejut bertanyakan suspek yang kemudian mengaku sudah memperkosa mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, yang mengesahkan kejadian berkata mangsa yang trauma dengan keadaan itu membuat laporan di Balai Polis Kijal pada jam 11 pagi hari sama.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan polis kini menjalankan operasi memburu suspek. โ€“ Webberitaย |ย Terkiniย viaย paapaada.blogspot

โ†ง

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Latest Images

Trending Articles


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu


Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS


Biodata Wak Mustar Juara Kilauan Emas 5


Sinopsis Telefilem Terputusnya Sebuah Doa; Astro Ria


Checkin Palm Seremban Hotel | Palm Mall


Review Ladang Teh Boh Sungai Palas (Boh Tea Centre)


Contoh Karangan Autobiografi yang Terbaik


Hiking Bukit Gasing


Restoran Syiok, Kuala Kangsar


Teluk Kampi dan Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang