DEK kerana percayakan pelanggan lelakinya, seorang tukang urut wanita menjadi mangsa rogol di sebuah hotel di Subang Jaya.
Kejadian pada Ahad lalu itu berlaku apabila dia diminta oleh lelaki berkenaan datang ke hotel berkenaan untuk sesi urutan.
Kedua-dua mereka saling mengenali dan suspek pernah mendapatkan perkhidmatan urut daripada mangsa sebelum ini.
Mangsa dirogol sebaik sahaja dia selesai mengurut suspek, menurut laporan Nanyang Siang Pau.
Suspek turut memberikan RM300 sebagai bayaran perkhidmatan kepada mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Yahaya Ramli, suspek kini sedang diburu polis untuk tujuan siasatan. – Webberita | Terkini via MyNewsHub