IBU JAHANAM…Jaja Gambar Lucah Anak - SENDAI : Lapan wanita berusia di antara 20-an dan 30-an ditahan dan bakal didakwa di mahkamah kerana menjaja gambar lucah anak sendiri untuk mengejar wang.Ibu terbabit adalah sebahagian daripada 12 individu ditahan polis wilayah Miyagi dalam operasi sepanjang enam bulan terakhir tahun lalu di lapan daerah berasingan.
Menurut sumber polis, sebahagian daripada kanak-kanak perempuan yang dijaja gambar mereka berusia seawal satu tahun walaupun ada yang berusia 12 tahun.Kegiatan itu dikesan pihak berkuasa selepas seorang daripada ibu terbabit mengadu kepada polis kerana tidak menerima bayaran daripada lelaki yang menerima gambar anaknya.Sumber berkata, gambar bogel itu diedarkan melalui telefon bimbit.
“Hasil maklumat itu, polis menjejaki transaksi e-mel pada telefon bimbit wanita terbabit dan mengesan 12 orang, termasuk kakak mangsa,” katanya semalam.Hasil siasatan mendapati, wanita terbabit hanya menghantar gambar bogel anak masing-masing kepada kenalan lelaki yang dikenali melalui temu janji atau laman web.Dalam keadaan tertentu, kata sumber itu, wanita terbabit membenarkan kenalan lelaki mereka mengambil sendiri gambar anak bogel mereka.“Untuk setiap sesi fotografi, wanita itu menerima sejumlah wang sebagai upah,” katanya.
Seorang daripada wanita itu memperoleh RM110,467 hasil 60 sesi fotografi sepanjang tempoh 10 tahun.Dua daripada wanita terbabit juga ditahan kerana menawarkan anak perempuan mereka untuk ditiduri lelaki berusia 46 tahun.Setakat ini lebih 10,000 gambar bogel kanak-kanak perempuan dirampas dan polis masih cuba mengenal pasti semua mangsa terbabit. – Webberita | Terkini via paapaada.blogspot.com