Quantcast
Channel: Web Berita ยป Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333
โ†ง

Pelajar Tingkatan 5 Diugut Sebelum Dirogol Teman Lelaki

$
0
0

Pelajar Tingkatan 5 Diugut Sebelum Dirogol Teman Lelaki - MIRI : Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas ditampar dan diugut di sebuah pondok di Kuala Baram Selasa lepas, menurut polis.

Ketua Polis Miri ACP Gan Tian Kee berkata teman lelaki mangsa berumur 17 tahun telah mengancam untuk membunuh ibu mangsa sebelum merogolnya dalam kejadian pukul 4 petang itu.

Mangsa membuat laporan polis pada hari ini, katanya kepada Bernama. Katanya pemeriksaan perubatan mengesahkan mangsa telah dirogol dan polis sedang memburu suspek.

Gan berkata sebelum dirogol, suspek telah mengajak mangsa keluar untuk membeli barang dan sebaliknya telah dibawa ke tempat kejadian sehingga berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa ditampar beberapa kali oleh suspek.

Beliau berkata, mangsa cuba lari tetapi ditahan semula oleh suspek lalu dipaksa masuk ke sebuah pondok sebelum diugut dan dirogol. โ€“ Webberitaย |ย Terkiniย viaย BERNAMA

โ†ง

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Latest Images

Trending Articles