Quantcast
Channel: Web Berita » Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

JAIS Dituntut Beri Penjelasan Isu Tangkap Khalwat

$
0
0

JAIS Dituntut Beri Penjelasan Isu Tangkap Khalwat

JAIS Dituntut Beri Penjelasan Isu Tangkap Khalwat - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memberi penjelasan lengkap tentang penahanan empat individu atas kesalahan khalwat yang didakwa salah.

Khalwat ialah apabila pasangan lelaki dan wanita duduk berduaan dalam kawasan terpencil dan boleh menimbulkan syak mereka melakukan perkara yang menyalahi undang-undang syari’ah.

Dalam satu sidang media, Abdul Khalid meminta JAIS melakukan tugas mereka berkaitan agama Islam mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sebelum itu, beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Pertukaran Meter Air Swasta di ibu negara semalam.

“Kami berharap JAIS akan memperbaiki perkhidmatan mereka kerana mereka didapati tidak mengikut prosedur sepatutnya dalam beberapa tindakan mereka, penahanan ini tidak menyenangkan,” katanya menurut laporan laman web SelangorKini.

Beliau berkata kerajaan negeri ke atas JAIS jika mengambil tindakan ke atas umat Islam di dalam negeri itu, JAIS hanya perlu memaklumkan kerajaan negeri apabila ingin mengambil tindakan ke atas orang bukan Islam sahaja.

JAIS dikecam kerana didakwa tersalah tangkap apabila menahan Hanisha Abdul Rahman, 29, pada 22 Jun lepas dengan pemandunya Muhammad Mukamil Nordin bersama dua orang pekerja wanitanya ketika mereka sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Hanisha yang merupakan pemilik sebuah butik kecantikan berkata, insiden itu berlaku apabila Muhammad Mukamil yang berada di luar rumah sementara dia dan dua lagi pekerjanya yang juga teman serumah berada di dalam rumah di Salak Tinggi.

Ketiga-tiga wanita dan Muhammad Mukamil mahu JAIS menggugurkan tuduhan ke atas mereka atau mereka akan memfailkan saman. – Webberita | Terkini via MyNewsHub


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Trending Articles