Quantcast
Channel: Web Berita » Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Pegawai Kanan Tabung Haji Dicekup Khalwat

$
0
0

Pegawai Kanan Tabung Haji Dicekup Khalwat

Pegawai Kanan Tabung Haji Dicekup Khalwat - GEORGETOWN : Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya telah berjaya dihidu beliau lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika berduaan dengan rakan sekerja di sebuah bilik penginapan.

Menurut sumber, wanita tersebut dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu.

Wanita tersebut ditahan bersama pasangannya selepas suaminya membuat laporan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) setelah mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan berlaku apabila mendapati isterinya tidak muncul ketika datang menjemput pulang.

Difahamkan, selepas menerima laporan, sepasukan pegawai penguatkuasa
JHEAIPP membuat pemeriksaan di lokasi dilaporkan tersebut dan mendapati seorang lelaki bersama seorang wanita berada dalam sebuah bilik.

Kedua-duanya didapati tidak mempunyai hubungan mahram serta gagal untuk mengemukakan dokumen pernikahan kemudian dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Seksyen Negeri Pulau Pinang 1996. – Webberita | Terkini


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Trending Articles