Quantcast
Channel: Web Berita » Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Suspek Paksa Budak Perempuan 12 Tahun Buat Seks Oral Ditahan

$
0
0

Suspek lelaki yang berusia 36 tahun yang memaksa seorang kanak-kanak perempuan melakukan seks oral kepadanya 3 Disember lepas berjaya ditahan di sebuah kedai makan di Kampung Tasik Permai pukul 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata suspek turut mengacukan sepucuk pistol Revolver ketika memaksa mangsa melakukan perbuatan itu.

Menurut beliau, hasil maklumat berhubung kejadian itu, polis bertindak mengesan suspek dan berjaya menemuinya di sebuah kedai makan.

“Ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek bertindak ganas dan cuba melarikan diri.

“Malah pemeriksaan lanjut menemui satu objek menyerupai revolver di dalam beg pinggang miliknya. Bagaimanapun siasatan mendapati ia adalah revolver palsu,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman bagi membantu siasatan.

Kanak-kanak perempuan itu yang berusia 12 tahun yang trauma dipercayai telah menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang kelmarin.

Laporan laman web Harian Metro menyebut, mangsa datang ke surau berkenaan untuk bermain dengan rakannya kira-kira pukul 12 tengah hari pada hari kejadian.

“Mereka kemudian ditahan seorang lelaki yang mengarahkan mangsa masuk ke dalam surau manakala rakannya disuruh menunggu di luar.

“Bagaimanapun sebaik masuk, suspek mengeluarkan senjata dipercayai pistol dan mengacukannya ke kepala kanak-kanak terbabit,” katanya.

Sumber berkata, suspek mencium dan meraba tubuh mangsa sebelum memaksanya melakukan seks oral selama beberapa minit.

“Dia hanya berhenti selepas seorang orang ramai datang ke surau dan lelaki itu beredar dengan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

“Mangsa yang trauma dengan kejadian itu pulang ke rumah tetapi tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Trending Articles