Quantcast
Channel: Web Berita ยป Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333
โ†ง

Aktivis Mahu Indonesia Mansuhkan Ujian Dara Pemohon Polis Wanita

$
0
0

Jakarta โ€“ Pertubuhan Human Rights Watch (HRW) semalam mendesak polis Indonesia menamatkan amalan dan gaya โ€˜diskriminasiโ€™ dengan melakukan ujian dara terhadap wanita yang ingin menyertai pasukan keselamatan berkenaan.

HRW berkata, polis menetapkan syarat bagi wanita yang ingin menganggotai pasukan itu mestilah tidak berkahwin dan dara.

Kata pertubuhan berkenaan, ujian mengesan dara masih dijalankan walaupun ada sesetengah pegawai kanan polis mendakwa ia tidak lagi diamalkan.

โ€œDalam temu bual kami, gadis tempatan โ€“ termasuk sesetengah yang menjalani ujian itu baru-baru ini โ€“ menggambarkan prosedur itu menyakitkan serta menyebabkan trauma.

โ€œMereka menceritakan bagaimana mereka dipaksa berbogel sebelum pegawai perubatan wanita melakukan proses dikenali sebagai ujian dua jari yang boleh dianggap kuno,โ€ kata pertubuhan itu, semalam.

Seorang daripada mereka yang berusia 19 tahun berkata, dia tidak ingin mengingati pengalaman berkenaan kerana ia sangat menjatuhkan maruah.

Dia menjalani ujian berkenaan di Pekanbaru. โ€“ Agensi

โ†ง

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Latest Images

Trending Articles