Quantcast
Channel: Web Berita » Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Lelaki Ceraikan Isteri Gara-Gara Jin Larang Tidur Bersama

$
0
0

Seorang suami mendakwa dia menceraikan isterinya yang baru dikahwini selama empat hari gara-gara isterinya sering dirasuk jin.

Lebih parah, lelaki warga Dubai itu mendakwa isterinya enggan melakukan sebarang hubungan seks bersamanya kerana jin itu melarang tidur bersama-sama dengannya.

Sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa lelaki tersebut perlu membayar ganti rugi Dh30,000 (RM27,330), sewa rumah sebanyak Dh6,000 (RM5,460) sebulan dan nafkah berjumlah Dh2,000 (RM1,820) kepada isterinya kerana membuat keputusan ingin bercerai.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan di sana akhinya membenarkan lelaki itu menceraikan isterinya tanpa sebarang bayaran pampasan atau ganti rugi berikutan alasan isterinya sering dirasuk jin.

Lelaki tersebut turut memberitahu mahkamah, pelbagai cara sudah diusahakan untuk menghalau jin tersebut termasuklah memanggil bomoh.

Namun, bomoh tidak dapat merawat isterinya mahupun mengusir jin berkenaan kerana mendakwa ia ‘terlalu kuat’.

Sebelum ini, isterinya pernah memberitahu pihak mahkamah bahawa suaminya mahu menidurinya kerana mahukan wang semata-mata. – MYNEWSHUB.CC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333