Quantcast
Channel: Web Berita » Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Kanak-Kanak 12 Tahun Mangsa Rogol Kenalan WeChat

$
0
0

Umurnya baru 12 tahun tetapi keinginan berkawan membuatkannya sudah berani bertemu seorang lelaki berusia 27 tahun yang dikenali melalui aplikasi sosial WeChat.

Padahnya, kanak-kanak perempuan itu menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.

Kejadian berlaku Khamis lalu di Pantai Remis dekat Manjung, Perak, memetik laporan laman web Sinar Harian Online.

Pelajar darjah enam tersebut dikatakan baru sahaja mengenali suspek tidak sampai pun 24 jam tetapi berani mengajak lelaki itu bertemu di kampungnya di Beruas, Perak kira-kira pukul 12 tengah malam.

Insiden rogol berlaku di dalam sebuah kereta di tepi pantai.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Kominsioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata mangsa dikatakan telah keluar bersama kenalan baharu itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, pada mulanya untuk bersiar-siar.

Polis sudah pun berjaya menangkap suspek beberapa jam kemudian oleh anggota Balai Polis Pantai Remis.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya.

“Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya,” katanya.

Tengku Mohd Zailan berkata, lelaki itu yang juga berasal dari Pantai Remis kini diperintahkan untuk ditahan reman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol.

“Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah,” katanya. – MYNEWSHUB.CC


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333