Quantcast
Channel: Web Berita ยป Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333
โ†ง

Pulang Haji: Rossa Enggan Seksi Dan Pakai Skirt

$
0
0

Pulang Haji: Rossa Enggan Seksi Dan Pakai Skirt

Pulang Haji: Rossa Enggan Seksi Dan Pakai Skirt -ย Selepas pulang mengerjakan haji tahun lalu, penyanyi kecil molek kelahiran tanah seberang, Rossa menyatakan hasratnya yang tidak mahu berpakaian menjolok mata lagi selepas ini.

Menerusi Malaysian Digest, Rossa berkata, โ€œsebenarnya selepas saya kembali tidak bertudung, ada juga saya terima kritikan dan komen negatif dari segelintir pihak.

Tapi bagi saya, saya anggap pihak tersebut sayang pada saya. Pada saya, biarlah hal ini antara saya dengan Tuhan.

Cuma sekarang saya tampil dengan imej dan penampilan yang lebih sopan daripada dulu. Sudah tidak pakai skirt, kalau pakai pun, hanya di rumahโ€, selorohnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Atas Nama Cinta ini juga berharap suatu hari nanti hatinya akan terbuka untuk mengenakan hijab apabila sudah sampai serunya kelak.

โ€œAda beberapa sebab dan komitmen yang perlu saya pikul juga keutamaan dalam urusan kerjaya saya buat masa ini. Jadi, tidak sesuai kalau saya berhijab. Pada saya, kalau hendak berhijab, saya harus betul-betul persiapkan diri. Ia bukan saja sekadar berhijab.

Mudah-mudahan Tuhan berikan saya hidayah satu hari nanti, InsyaAllah,โ€ katanya.

Semoga Tuhan permudahkan segala urusan Rossa dan kita sebagai peminat hanya boleh mendoakan yang terbaik buat dirinya dan jangan sesekali mengutuk atau mengkritik tindakannya tanpa usul periksa.

Tak gitu? โ€“ Webberitaย |ย Terkiniย viaย MyNewsHub

โ†ง

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Latest Images