Quantcast
Channel: Web Berita ยป Informasi
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333
โ†ง

Emma Maembong: Kenapa Ramai Orang Fikir Kotor & Lucah?

$
0
0

Emma Maembong: Kenapa Ramai Orang Fikir Kotor & Lucah? -ย JIKA semalam Mynewshub ada menyiarkan cerita mengenai gambar Emma Maembong bersama monyet peliharaannya yang mendapat respon serta komen-komen yang agak lucah daripada sebilangan pengikutnya di laman sosial, hari ini Emma tampil menerusi Harian Metro membidas perbuatan segelintir daripada peminatnya itu.

Menurut Emma, dia berasa pelik dengan kelakuan sesetengah orang di luar sana yang sering berfikiran kotor dan lucah malah membesar-besarkan isu yang sepatutnya tidak timbul.

โ€œTakkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Kenapalah ramai sangat orang berfikiran kotor dan lucah di luar sana. Kadang-kadang saya memang pelik dengan orang-orang begini. Takkan monyet letak kat dada pun nak timbulkan isu?

โ€œOrang macam ini memang tak ada kerja. Pendek kata apa saja kita buat semuanya tak kena. Saya percaya kalau saya letak monyet itu di betis atau kaki tentu lain pula komen dan kutukan mereka untuk mempersendakan saya.

โ€œMungkin mereka sudah kehabisan idea dan tak tahu apa cara lagi untuk mencabar saya. Sebelum saya bertudung, mereka cabar saya macam-macam jadi bila sudah bertudung mungkin mereka tak tahu apa lagi nak serang.

โ€œSaya nak tergelak pun ada dengan golongan macam ini sebab mereka tak penat-penat untuk mempopularkan saya dengan macam-macam isu,โ€ย ujarnya lagi.

Sabar je la Emma, peminat ini memang macam-macam ragam dan peโ€™elnya.

Sekarang kan nama Emma tengah top, pastinya segala apa yang dibuat Emma akan mendapat perhatian ramai. Tak gitu? โ€“ Webberitaย |ย Terkiniย viaย MyNewsHub

โ†ง

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1333

Latest Images